Suara Senada Guru-Guru
Kanan SMSAH,
Sebagai guru-guru kanan, kami menjadi
pemangkin, penyokong, penghubung dan penggerak kepada pengurusan sekolah. Kami
akan sentiasa menjadi penghubung antara guru dan pihak pengurusan sekolah
dengan penuh dedikasi.
Guru Kanan Bahasa
Sebagai Guru Kanan Bahasa, saya cukup bersyukur
kerana mendapat sebuah unit yang berwibawa dan komited. Saya juga berbangga
kerana jabatan ini mempunyai dua orang Guru Cemerlang Bahasa Inggeris. Saya
sangat berharap Jabatan Bahasa akan sentiasa berada di hadapan kerana “Bahasa
Perentas Kurikulum”.
Ustazah Solehah binti Abdullah
Guru Kanan Sains Dan Matematik
Jabatan Sains dan Matematik merupakan satu
jabatan yang menjadi tunjang dalam menjana pencapaian akademik yang cemerlang.
Saya sangat bertuah kerana mendapat guru-guru Sains dan Matematik yang sangat
komited. Semoga guru Sains dan Matematik akan terus berusaha bagi meningkatkan
pencapaian Sains dan Matematik dalam semua ujian dan peperiksaan. “Ilmu Sains
penuh cabaran, Matematik menjana seribu kehidupan”.
Pn Fazilah binti Abdullah
Guru Kanan Teknik dan Vokasional
Semenjak memegang jawatan ini, saya sangat
berharap jabatan ini akan terus maju dan cemerlang seperti tahun-tahun
sebelumnya. Walaupun saya masih baru, namun jabatan ini bertuah kerana
mempunyai Guru Cemerlang iaitu Pn. Fauziah Bt Said yang selalu membantu. Selain
itu guru-guru di bawah jabatan ini selalu memberi sepenuh komitmen terhadap
tugas yang diberi. “Jabatan Teknik dan Vokasional pemangkin pelajar
berinovasi”.
Puan Bashirah binti Seleman
Guru Kanan Kemanusiaan
Jabatan Kemanusiaan memainkan peranan yang
sangat luas melangkaui batas akademik, bukan setakat melahirkan pelajar bijak
pandai tetapi yang seimbang jasmani, emosi, rohani dan intelek. Membawa tugas
dan amanah ini, Jabatan ini turut mengendalikan pelbagai program di bawah
anjuran panitia Agama Islam, Sejarah, Geografi, Sivik, Muzik, Pendidikan Moral,
Seni Visual dan Pendidikan Jasmani. Komitmen semua guru di bawah jabatan ini
khususnya dan dari jabatan lain amnya memberikan kami kekuatan untuk terus
menjadikan SMSAH sebuah institusi yang mampu melahirkan pelajar-pelajar yang serba
boleh dan cemerlang akhlaknya.
Puan Zaleha binti Hamid