Home      Kurikulum      Fokus Utama
:: ...... ::
































 
Suara Penolong Kanan,
Masa silam tidak mungkin luput, malah telah terakam dan tersimpan di dalam ingatan. Kejayaan masa silam mestilah diingati tetapi bukan untuk dipuja hingga menyebabkan kita enggan berganjak ke tahap yang lebih gemilang. Kegemilangan masa silam seharusnya dijadikan motivasi dan perangsang untuk mencipta kejayaan yang lebih hebat. Jika kejayaan silam dibangga-banggakan untuk kenangan, sudah tentu kita akan hanyut dalam arus kegagalan dan kemerosotan.
 
Sesungguhnya SMSAH telah mencipta pelbagai kejayaan dan kehebatan mengikut detik usianya, sebagai pewaris berwawasan, bersama-samalah kita memanfaatkan setiap potensi dan peluang untuk mengekal dan membina masa depan SMSAH yang lebih gemilang.
 
En Mansor bin Abdul
Penolong Kanan
 
 
FOKUS KURIKULUM
  • Mencapai tahap pengurusan kurikulum yang berkualiti seperti yang digariskan di dalam Perancangan Strategik Peningkatan Akademik (PSPA) dengan penambahbaikan "Key Performance Index" - KPI setiap Panitia.
  • P & P berjalan lancar dengan kadar ‘defisit pembelajaran’ yang paling minimum.
  • Melaksanakan program-program peningkatan akademik khususnya PMR dan SPM.
  • Melaksanakan Pencerapan Pengajaran dan Pembelajaran berdasarkan Standard Kualiti Pendidikan Malaysia: Elemen 9 (SKPM) dan Pemantauan Kurikulum Berkualiti seperti yang disarankan oleh JPN Kedah berdasarkan konsep "Supervising Learning" dan"instructional leadership" oleh pihak Pengurusan sekolah.
  • Memberi penekanan terhadap bukan sahaja "Assessment of Learning" tetapi juga "Assessment for Learning" selaras dengan penetapan had maksimum 10 subjek SPM Kementerian Pelpjaran Malaysia supaya fokus dapat diberikan kepada Pengajaran dan Pembelajaran di samping pembinaan modal insan.
  • Berusaha untuk mendapatkan penglibatan waris yang lebih bermakna ke arah peningkatan pencapaian pelajar (more meaningful parent involvement)
  • Matlamat Gemilang Peperiksaan Awam:
PMR :          100% mendapat A semua mata pelajaran
SPM :          i. 100% lulus semua mata pelajaran dengan 25% mendapat semua A.
                  ii. Sekurang-kurangnya 7A dengan gred purata sekolah 2.00 atau ke bawah.
 
 

 

 
Blog Jenan