Home      Unit HEM      Fokus Utama
:: Gratuitous octopus niacin ::








































Suara Penolong Kanan HEM,
 
Setelah menjawat Jawatan sebagai Penolong Kanan HEM selama hampir tiga bulan saya terasa sangat teruja untuk lebih mendekati pelajar. Pengalaman mengendalikan pelbagai kes salah laku pelajar terutama pada awal tahun menjadikan saya seorang yang lebih prihatin, sabar, tenang dan tegas. Pengalaman menjadi Guru Kanan Kemanusiaan selama 10 tahun banyak membantu untuk mengenali lebih dekat watak, sikap dan masalah pelajar. Pengalaman menjadi Guru Penasihat Batch memberi saya bonus memahami kehendak anak-anak didik saya. “Anak kecil mahu dibelai, anak besar mahu difahami”.
 
Sebagai PK HEM saya perlu memandang dari sudut yang lebih luas. Setiap tindakan mesti mengambil kira kesannya ke atas semua pihak. Untuk itu saya berdepan dengan pelbagai cabaran :

Walaupun cabaran yang lebih besar menanti di hadapan, saya tetap memandang dengan penuh harapan. Harapan saya ialah :

  • Melahir pelajar yang mempunyai disiplin cemerlang dan utuh.
  • Mampu bekerjasama dengan warden setiap masa serta penuh tanggungjawab. Mempunyai setiakawan yang tinggi dan jitu serta sama-sama membantu menggilap permata SMSAH.
Kepada guru-guru bukan warden, saya sangat berbesar hati kerana mendapat kerjasama sewajarnya dan berharap terus mendapat kerjasama dan sokongan padu daripada guru-guru pada masa akan datang untuk unit HEM.
 
Sebagai manusia biasa saya tidak boleh lari daripada tanggungjawab sebagai seorang isteri dan seorang ibu. Saya sentiasa berdoa supaya mendapat kekuatan dan kesihatan yang baik untuk menjalankan tanggungjawab ini dengan amanah dan penuh keikhlasan. Setakat ini, Alhamdulillah, Allah telah mengurniakan saya keluarga yang memahami kehendak dan tanggungjawab PK HEM.
 

Akhir sekali saya ingin mengucapkan terima kasih kepada tuan Pengetua kerana memberi kepercayaan kepada saya dan terima kasih kepada sokongan keluarga, guru, staf sokongan, pemimpin pelajar serta semua pelajar pemburu kegemilangan.

 

Pn Zainab bt Yaman
PK HEM

   
 

FOKUS HAL EHWAL PELAJAR

  • Disiplin pelajar dimantapkan Ke arah Salah Laku Sifar. Kekalkan keharmonian SMSAH.
  • Bagaimana menangani masalah disiplin di sekolah:
  • Sentiasa mematuhi segala pekeliling yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia berkenaan keselamatan dan disiplin di sekolah
  • Menjalankan budi bicara dengan semangat `Keadilan Semulajadi'
  • Memberikan hak untuk didengar
  • Memberikan peluang tertuduh untuk memberikan penjelasan
  • Langkah-langkah yang perlu diambil

§  rekod yang teratur

§  aduan yang munasabah (ada prima facie) / siasatan terhadap aduan

§  tuduhan dan tunjuk sebab

§  meneliti pembelaan

§  membuat keputusan setelah mendengar dari kedua pihak.

  • Pembinaan sahsiah dan "Jati Diri" diberi penekanan melalui program oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling.
  • Kebajikan pelajar sentiasa diutamakan melalui pemberian biasiswa, SPBT, dana kabajikan pelajar dan "Projek Khas".
  • Maklumat dan data dalam Sistem Maklumat Murid (SMM) sentiasa kemaskini.
  • Asrama: Melaksanakan Piawaian Kualiti Asrama (PKA) dan Anugerah Kualiti Seri Gemilang Asrama SBP yang ditetapkan oleh Bahagian SBP, Kementerian Pelajaran Malaysia.
  • Pengurusan asrama dimantapkan, Sistem Maklumat Asrama (SMA) kemaskini dan teratur.
  • Bangunan dan bilik-bilik di asrama sentiasa ceria, bersih dan teratur.
  • Kawasan persekitaran asrama sentiasa bersih dan ceria.
  • Program penghuni asrama dilaksanakan mengikut Sistem Rumah dan Rumah terbaik diberi "Anugerah Rumah Terbaik Tahunan":
  • Melaksanakan "Jamuan Makan Beradab" dengan melibatkan penghuni, pihak pengurusan dan jemputan khas bertujuan menerapkan nilai dan etika majlis.
  • Meningkatkan kerjasama dengan individu dan agensi luar untuk pembangunan dan kecemerlangan sekolah.



     

     
    Blog Jenan