Home      Profil Sekolah      Lagu Sekolah & Ikrar Pelajar
:: Lagu Sekolah ::
Lagu Sekolah

 


Bangun dan bersedia
Menjunjung hasrat pertiwi
Tekun biar jaya
Tercapai cita mulia

Sanjung lambang suci
Supaya aman abadi
Pandu rukun murni
Belajar dan berbakti

Mari curahkan jasa
Membentuk sekolah kita
Mari satukan kuasa
Menjaga nilai bangsa

Sanjung lambang suci
Supaya aman abadi
Pandu rukun murni
Belajar dan berbakti

 
 
 

Ikrar Pelajar

 

Kami pelajar-pelajar SMSAH berikrar:

Akan patuh pada suruhan
agama kami
Patuh pada undang-undang
sekolah kami
Mentaati ibu bapa
guru-guru yang mendidik kami,
Menghormati kakitangan
sekolah, orang yang lebih tua
dan rakan-rakan seperjuangan
kami

Sebagai pelajar terpilih
Kami berjanji
Akan bersungguh-sungguh
menuntut ilmu
demi mencapai kecemerlangan
akademik
Aktif dalam kokurikulum
untuk membina kepimpinan
keyakinan diri
dan sahsiah terpuji.

Kami akan melaksanakan
amanah yang diberi
Kami juga akan memelihara jati diri
Demi mengembalikan
kecemerlangan SMSAH


     

     
    Blog Jenan