Home      Profil Sekolah      Sejarah Sekolah
 
:: Sejarah Sekolah ::
































LAHIRNYA SEBUAH INSTITUSI,  BERMULALAH SATU ERA

 
Penubuhan Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim seiring dengan keperluan bagi memenuhi perkembangan Bahasa Melayu dalam bidang pelajaran di Malaysia selepas merdeka.

Pada tahun 1958 sebuah darjah menengah pengantar Melayu telah dibuka di Kolej Sultan Abdul Hamid, Alor Setar dengan bilangan pelajar seramai 31 orang. Bilangan pelajar telah meningkat kepada 791 orang pada tahun 1963. Pada peringkat ini, wujud keperluan untuk menubuhkan sebuah sekolah khusus bagi menempatkan pelajar-pelajar aliran Melayu.
 
Sejarah bermula apabila pelajar-pelajar aliran berkenaan yang menuntut di Kolej Sultan Abdul Hamid, Alor Setar diserap menjadi pelajar-pelajar Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim (SMSAH). Mereka dipindahkan ke bangunan sendiri yang terletak di Jenan, Jitra, Kedah pada 7 Mei 1963. Kompleks berkeluasan lebih 51 ekar ini mempunyai 27 bilik darjah, sebuah dewan besar, sebuah gimnasium dan sebuah kantin. 2 buah bilik darjah dijadikan asrama sementara. Pada 1964, 3 buah bangunan asrama dan sebuah masjid dibina. Upacara perasmian telah disempurnakan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Abdul Halim Muadzam Shah, Sultan Negeri Kedah Darul Aman pada 8 April 1965.  
Berikut merupakan bekas bekas pengetua yang telah banyak menabur baktinya di SMSAH.
 

TAHUN

NAMA PENGETUA

1964 – 1966

AHMAD BIN SALLEH

1967 – 1970

BAHAROM BIN OTHMAN

1971 – 1973

MAHMOOD BIN HJ ISMAIL

1973 – 1977

D.J. MUZAFFAR  TATE

1977 – 1982

ABDUL RAZAK BIN ABU

1982 – 1987

MOHD ZIN BIN ISHAK

1988 – 1993

RAMLI BIN MOHD NOH

1993 -  1996

MIZUAR BIN NASARUDIN

1996 – 1996

MD. YUSOFF BIN OTHMAN 

1997 – 2000

CHE PA BIN  HASHIM

2000 – 2002

ZAINOL ABIDIN BIN AHMAD

2002 -2011

AHMAD BIN DIN

2012 -
Abu Seman bin Sareh Md Isa
 
Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim telah diisytiharkan sebagai Sekolah Berasrama Penuh (SBP) pada 1 Januari 1972, dengan penempatan pelajar dari seluruh negara. SMSAH pernah menjadi pusat Kursus Matrikulasi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada tahun 1975 hingga 1986 dan pusat Kursus Matrikulasi Universiti Utara Malaysia (UUM) pada tahun 1986 hingga 1991. Keunggulan SMSAH terbukti apabila dianugerahkan sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi, Kementerian Pelajaran Malaysia pada Januari 2010.
 
 


 

 
Blog Jenan