Selamat Datang ke .::SMSAHonline::.Portal Rasmi Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim.,06009 Jitra , Kedah.
Iklan
Sehari Belajar di SMSAH
Pada 24 Jun yang lepas, seramai 42 orang pelajar tingkatan 5 SMK Langgar telah datang ke SMSAH untuk merasai suasana pembelajaran di SBP. Mereka tiba di SMSAH kira-kira jam 8.30 pagi. Para pelajar terlebih dahulu diberi taklimat oleh Ustazah Solehah sebelum dibawa ke kelas-kelas Tingkatan 5. Selepas tamat waktu persekolahan, mereka diberi peluang untuk merasai makanan di dewan makan SMSAH. Kira-kira jam 4.30 petang, mereka pulang ke sekolah mereka.
Pada 23 Jun, para pelajar tingkatan 4 Maximus Generation telah mengadakan Hari Jalinan Mesra antara guru dan pelajar SMSAH. Program tersebut diadakan bagi menggantikan Hari Guru yang tidak dapat disambut atas sebab-sebab tertentu. Bertempat di dewan besar, program ini dimulakan pada jam 8.15 pagi dengan nyanyian lagu Negaraku dan lagu Negeri Kedah. Seterusnya, program disajikan dengan ucapan ketua pelajar, Saudara Mohd Nazrin bin Hanafi dan diikuti ucapan Tuan Pengetua. Kemudian, acara sukaneka antara pelajar dan guru diadakan. Antaranya adalah acara bola sepak antara guru, menghias sandwich, 'music chair' dan lain-lain. Setelah tamat acara sukaneka, upacara penyampaia hadiah pula berlangsung. Setiap guru menerima hadiah yang disampaikan para pelajar Tingkatan 5 Zealous Gen. Terdapat juga anugerah-anugerah khas seperti Anugerah Steady Papa, Hardworking Teacher dan lain-lain. Program diakhiri dengen persembahan para pelajar SMSAH dan tamat pada jam 1 tengah hari.
Pasukan Wind Orchestra SMSAH yang dibimbing oleh En Khairul Fahmi berjaya layak ke pertandingan akhir Wind Orchestra di PICC Putrajaya. Atas semangat dan usaha yang gigih, pasukan wind berjaya mendapat tempat ketiga mengatasi pasukan dari STAR, SAS, MCKK dan SSP. Tahniah diucapkan kepada mereka.
SMSAH is going to compete in the Final for the Wind Orchestra Competition 2009 this comin 20th June, 2009 at PICC (Putrajaya). All exSMSAH are invited to cheer for the squad and to give moral support to them. They will be going to be at Sekolah Alam Shah starting from 18th June, 2009.
The details are as per below :
* Seats are limited to 60 ONLY. Pls pm @ sms @ reply with names and phone number if you wish to join the event. Subject to 1st come, 1st served. A fees of RM10 shall be collected and priority is for those who had made payment first. Please make the payment through Maybank @ 114272084269 Faizal Shah Mohd Said
* Please be in smart casual attire and we are be going to wear RED in colour.
* Meet point for the event is at Taman Warisan @ 10.00am for breakfast.
* The squad is also looking for financial assistance from exSMSAH. They are looking for new jacket for the members and are hoping for any financial assistance from us. They need roughly abt RM7k to cater all 55 members in the contigent. All donations can be made through Maybank @ 162674056031 Suriyati Samad.
Hope to see you guys there. For any further details, please do call me, Faizal @ PakTua of Jenan94 at 019-3945572.
Majlis Anugerah Cemerlang dan Penyerahan Bendera Kembara Kinabalu
Pada 11 Mei yang lepas, Majlis Anugerah Cemerlang telah diadakan bagi para pelajar cemerlang dari setiap aliran dan PMR 2007 dan 2008. Majlis tersebut telah dihadiri oleh Pengarah Pelajaran Kedah dan Setiausaha Politik Ahli Parlimen Kubang Pasu. Majlis ini mempunyai 4 sesi yang diselang seli dengan persembahan. Selepas tamat sesi penyampaian hadiah, upacara penyerahan bendera Kembara Kinabalu diadakan dimana Tuan Pengarah menyerahkan bendera tersebut kepada Pengerusi Pengelola Kembara Kinabalu yakni Tuan Pengetua SMSAH sendiri. Kembara tersebut disertai para guru serta staf sokongan SMSAH yang akan berlangsung semasa cuti bulan Jun nanti. Majlis yang tamat pada jam 11.45 pagi diakhiri dengan persembahan Wind Orchestra SMSAH yang memainkan lagu Danse Diabolique dan Joget Kenangan Manis.
Mohd Farith menerima Anugerah DiRaja daripada Tuanku Sultan Kedah
Tanggal 10 Mei 2009, SMSAH telah mengadakan Majlis Anugerah Cemerlang bagi tahun 2009. Majlis yang telah menjadi tradisi Jenan ini bertambah meriah dengan kesudian Duli Yang Maha Mulia Sultan Kedah dan Sultanah Kedah mencemar duli untuk menghadiri majlis ini. Tradisi ini diteruskan untuk memberi penghargaan kepada para pelajar atas usaha dan kesungguhan mereka menuntut ilmu. Para pelajar diraikan sekali gus ibu bapa dapat merasai kemanisan buah-buah kejayaan daripada anak yang disayangi dan menjadi harapan masa hadapan.
Seramai 93 orang yang telah menerima anugerah pada hari ini. Majlis ini juga telah diserikan dengan pelbagai persembahan antaranya ialah tarian, nyanyian oleh para pelajar dan guru dan persembahan yang penuh bersemangat oleh pasukan Wind Orchestra.
Pada tahun ini, Saudara Ahmad Afiq Che Johari dan Saudara Mohd Farith Che Man dianugerahkan Anugerah DiRaja oleh Tuanku Sultan.
HAC SMSAH akan diadakan pada 10 dan 11 Mei. Pada 10 Mei, hadiah akan disampaikan kepada para pelajar cemerlang SPM 2007 dan 2008 manakala 11 Mei pula adalah untuk para pelajar terbaik aliran dan PMR 2007 serta 2008
Pada 15 hingga 18 April yang lepas, telah diadakan Festival Wind Orkestra kali yang ke-11 di Sekolah Menengah Sains Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan. SMSAH telah menghantar pasukan wind yang seramai 58 orang untuk menyertai festival tersebut. Berbekalkan azam dan semangat yang tinggi, pasukan wind orkestra SMSAH memainkan dua buah lagu iaitu Lenggang Mak Limah dan Danse Diabolique semasa festival tersebut. Alhamdulillah pasukan ini berjaya mendapatkan Anugerah Emas dan layak ke final Wind Orkestra yang bakal diadakan di PICC, Putrajaya pada bulan Jun nanti.
Pada 7 hingga 9 April yang lepas, Ujian Topikal yang pertama telah diadakan bagi menilai prestasi para pelajar Jenan sepanjang tahun 2009. Ujian ini sepatutnya diadakan pada 31 Mac hingga 2 April tetapi telah ditunda atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.
Pada 22 Mac, SMSAH telah mengadakan perjumpaan antara guru dan para waris pelajar-pelajar tingkatan 3 dan 5 bagi sesi 2009. Perjumpaan tersebut bertujuan untuk menerangkan serba sedikit program-program yang bakal dijalankan bagi meningkatkan lagi prestasi calon-calon peperiksaan umum tahun ini. Perjumpaan tersebut bermula kira-kira jam 9.00 pagi yang dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Mohd Zawizaz. Kemudian Puan Rafeah meneruskan majlis dengan memberi sedikit taklimat dan diikuti dengan ucapan Tuan Pengetua SMSAH, Tuan Hj Ahmad b Din. Selepas itu, barulah para ibu bapa bergerak untuk berjumpa dengan guru-guru matapelajaran anak-anak masing-masing.
Penantian setiap warga Exalt Generation akhirnya tamat pada 12.03.09 apabila keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) diumumkan di Dewan Besar SMSAH. Kira-kira jam 10.15 pagi, guru penasihat Exalt Generation, Puan Fauziah bersama-sama bekas guru kelas tingkatan 5 serta Penolong Kanan 1 dan Penolong Kanan HEM masuk ke dewan. Majlis dimulakan apabila Puan Fauziah mengumumkan keputusan rasmi SPM 2008. Keputusan SPM 2008 meningkat berbanding SPM 2007. Seramai 7 orang berjaya mendapat keputusan semua 1A manakala 20 orang berjaya mendapat semua A. Tahniah diucapkan kepada semua warga Exalt Generation.
"Live out of your imagination, not your history." (Stephen Covey)
Member Poll
Shoutbox
Anda mesti daftar masuk sebelum shout.
kecipan_strike 04/07/2009 20:35 kutuk pengetua dlm frenster..pelik2 jer student smsah skrg neh..terlebih ajar gamaknyer..tu laa dulu backup sgt junior mase exalt senior..kan dah jadi setan depa2 nih..amik laa
pol_0206 07/06/2009 20:11 kes pasal kutuk pengetua
toledokaisu 22/05/2009 18:12 Salam dan bonjour,
Selamat hari Guru kepada guru2 Jenan!! dan selamat menuntut ilmu kepada warga Jenan terutamanya dak2 Cendy!!(dah tukar nama rasanya).. Goodluck semua.
-afiqizzatmalek- France
fira 20/05/2009 11:09 ak tau apa dia
apa case???
case ape?????
nk thu...
cari sdnri
badman 20/05/2009 10:04 huk3...kes pe tu??
FBI dtg ker???